PENGETUA

 

Haji Baharum Bin Ahmad

Pengetua SMK Semenchu

Login Form

PAUTAN

 

APLIKASI ONLINE

JARINGAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDULRASUL PERINGKAT SEKOLAH DAN FELDA SEMENCHU
Written by CIKGU JUNAIDI   
Saturday, 14 January 2017 21:00

Sabtu, 14 Januari 2017. Alhamdulillah, selesai Majlis Sambutan Maulidulrasul anjuran SMK Semenchu bersama Felda Semenchu. Perarakan bermula pada pukul 7.30 pagi dari sekolah, kemudian bersama-sama komuniti Felda Semenchu berarak ke Dewan Felda Semenchu. Turut hadir meriahkan lagi majlis ini ialah ketua Kg Felda Semenchu, Pengurus Kilang Felda Semenchu dan Ustaz Hj. Hanafiah Bin Abdul Razak, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Merangkap Ketua Unit Cerapan Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor.

 
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1
Written by CIKGU JUNAIDI   
Saturday, 14 January 2017 20:53

Isnin, 9 Januari 2017. Semua pelajar Tingkatan 1 menjalani Program Orientasi selama 2 hari. Program tersebut sebagai pelengkap proses transisi pelajar dari sekolah rendah ke menengah. Tahniah juga kepad SVG kerana berjaya membantu perjalanan program ini.

 
MAJLIS PERSARAAN PN HJH ZALEHA
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 08 January 2017 21:34

SMK Semenchu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan guru di SMK Semenchu iaitu Pn Zaleha atas sumbangan bakti beliau. Beliau antara guru yang terawal yang mengajar sejak penubuhan SMK Semenchu pada tahun 1988.

 
PERJALANAN PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 08 January 2017 15:11

Video ini mengenai perjalanan pelajar tingkatan satu yang mendaftar di SMK Semenchu sehingga minggu pertama persekolahan. Segala aktiviti yang dilalui oleh mereka bersama pelajar-pelajar yang lain dirakamkan dan dikongsikan bersama.

Last Updated on Sunday, 08 January 2017 15:24
 
MAJLIS KONSULTASI DAN MAJLIS SERAH TERIMA PELAJAR TINGKATAN 1
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 08 January 2017 15:03

Khamis, 5 Januari 2017. Telah berlangsung Majlis Konsultasi dan Majlis Serah Terima Pelajar Tingkatan 1 2017. Terima kasih kepada ibu bapa yang sanggup hadir untuk mengambil slip keputusan peperksaan pelajar. Terima kasih juga Guru Besar SK Layau, SK Semenchu, Sk Air Tawar 4 dan SK Air Tawar 5 yang sudi datang untuk serah terima pelajar tingkatan 1. Turut hadir, En. Kamalhuzaini (Pen PPD Sains & Matematik Ren) bagi menyaksikan penyerahan tersebut.

Last Updated on Sunday, 08 January 2017 15:10
 
« StartPrev12345678910NextEnd »

Page 1 of 62

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

 

Y.B. Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

 

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof

(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

 

Tuan Haji Aminudin Bin Adam

(Pengarah Pelajaran Johor)

 

En. Md Din Bin Hussein

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

 


KOLEKSI VIDEO

LAGU SEKOLAH

(BERILMU DAN BERBAKTI)

 

VIDEO PELANCARAN SEKOLAH AMANAH

 

VIDEO KORPORAT SMK SEMENCHU





Copyright © 2011 SMK Semenchu Online. Powered by Joomla!.