PENGETUA

 

Haji Baharum Bin Ahmad

Pengetua SMK Semenchu

Login Form

PAUTAN

 

APLIKASI ONLINE

JARINGAN

SEJARAH SMKS
SEJARAH SMKS
Written by Administrator   
Tuesday, 25 October 2011 10:18

Sejarah SMKS


Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu (SMKS) terletak di rancangan Felda Semenchu. Jarak SMKS ke Bandar Kota Tinggi lebih kurang 42 kilometer. Sekolah ini dibina dengan pinjaman Bank Dunia dan telah memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 1988.


Dengan keluasan lebih kurang 18.3 hektar, sekolah ini dilengkapi dengan dua buah bangunan tiga tingkat, dua buah bangunan dua tingkat, sebuah bangunan bengkel, satu bangunan kantin, sebuah bangunan surau, tiga blok bangunan projek gotong-royong, sebuah dewan yang dilengkapi dengan pentas dan gelanggang badminton, sebuah  padang serta makmal komputer dua tingkat.


Sepanjang 23 tahun penubuhannya, SMKS telah ditadbir oleh sembilan orang pengetua iaitu Tuan Abdul Rahim Aris (1981-1991), Puan Wan Fatimah Bt. Wan Ahmad (1991-1992), Tuan Haji Mahjom Sarwen (1992-1994), Encik Wan Hamzah B. Wan Daud (1994-1998), Puan Hajah Jamilah Bt. Amir (1998-2001), Tuan Haji Tokijan B. Haji Abdul Rahim (2001-Oktober 2004), Tuan Haji Rozali B. Jemali (Oktober-1 Julai 2006), Encik Zakaria B. Abdul Jalil (16 Julai 2006-15 September 2007) , dan Puan Hajah Rosnah Bt. Hosnan (16 September hingga 25 Julai 2011).


Pengetua SMK Semenchu Encik Samion Bin Kassim dibantu oleh Encik Azman Bin Abu Bakar, Penolong Pengetua Akademik, Puan Roslimah Bt. Pit, Penolong Pengetua Hal Ehwal Murid, dan Encik Azmi B. Imran, Penolong Pengetua Kokurikulum.


SMKS menempatkan anak-anak peneroka Felda Semenchu, Felda Air Tawar  5, Felda Air Tawar 4, Felcra Sungai Layau serta perbadanan kilang sawit sebagai pelajar. Kini, jumlah pelajar SMKS adalah seramai 798 orang  dengan tenaga pengajar sekolah terdiri daripada 64 orang. Sekolah ini mengadakan sesi persekolahan  pada sidang pagi yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5. Sekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Amanah sejak 10 Disember 2010.

 

Last Updated on Sunday, 15 January 2012 22:19
 


KEPIMPINAN PENDIDIKAN

 

Y.B. Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

 

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof

(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

 

Tuan Haji Aminudin Bin Adam

(Pengarah Pelajaran Johor)

 

En. Md Din Bin Hussein

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

 


KOLEKSI VIDEO

LAGU SEKOLAH

(BERILMU DAN BERBAKTI)

 

VIDEO PELANCARAN SEKOLAH AMANAH

 

VIDEO KORPORAT SMK SEMENCHU





Copyright © 2011 SMK Semenchu Online. Powered by Joomla!.