PENGETUA

 

Haji Baharum Bin Ahmad

Pengetua SMK Semenchu

Login Form

PAUTAN

 

APLIKASI ONLINE

JARINGAN

KURIKULUM
PROGRAM NADWAH PELAJAR TINGKATAN 1.
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Monday, 11 May 2015 20:07

Khamis, 7 Mei 2015. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan Program Nadwah Pelajar Tingkatan 1. Program ini berlansung selama 2 hari 1 malam. Semua pelajar tingkatan 1 wajib menghadiri program ini. Terima kasih juga kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat menjayakan program ini.


 
PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Monday, 11 May 2015 20:02

Rabu, 6 Mei 2015. Satu program Pencegahan Jenayah Tingkatan 2 anjuran pihak Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat telah berlangsung di Dewan Nurul Ilmi,SMK SEMENCHU. Semua puteri SMK SEMENCHU tingkatan 2 telah melibatkan diri dalam program motivasi ini. Semoga program dibawah tajuk Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA) "Bahagia Menjadi Gadis" dapat memberi manfaat kepada semua para pelajar yang terlibat.

Last Updated on Monday, 11 May 2015 20:11
 
PROGRAM AMAL DAN MOTIVASI BERSAMA IKON BEKAS PELAJAR
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Friday, 20 March 2015 14:14

Khamis, 19 Mac 2015. Sekali lagi Pihak Alumni SMKS telah menganjurkan satu program bersama para pelajar SMK SEMENCHU bagi mengisi masa percutian persekolahan iaitu Program Amal Dan Motivasi Bersama Ikon Bekas Pelajar. Program ini telah melibatkan beberapa orang bekas pelajar SMK SEMENCHU iaitu Puan Fadzilah Bt. Khatim, Puan Khairiah Bt. Abd Hamid, Encik Mohamad Norhakim B. Sahroni dan Puan Norriza Bt. Muhamad Yusof. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Alumni SMKS. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua para pelajar.

Last Updated on Friday, 20 March 2015 15:22
 
PENYAMPAIAN KEPUTUSAN SPM 2014
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Wednesday, 04 March 2015 04:43

Selasa, 3 Mac 2015. Syabas dan tahniah diucapkan buat semua pelajar SPM 2014 SMK SEMENCHU yang berjaya mendapat keputusan cemerlang SPM yang telah diumumkan pada pagi tadi. Pada tahun ini, 3 pelajar terbaik SPM 2014 bagi SMK SEMENCHU adalah bekas pelajar 5 UM iaitu Mohd Danial Hakimi B. Mohd Afandi (1A+ 2A 3A- 2B+ 1B 2B+ 1C+), bekas pelajar 5UKM iaitu Nursuhanyza Bt. Mahmood (3A 3A- 1B+ 2D) dan bekas pelajar 5USM iaitu Nur Sahira Bt. Suhairi (5A 1A- 1C 1D)

Last Updated on Wednesday, 04 March 2015 05:10
 
ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN PENDIDIKAN KHAS
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Sunday, 18 January 2015 13:44

Selasa, 1 Januari 2015. Pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Pendidikan Khas telah diadakan di Dewan Nurul Ilmi,SMK Semenchu. Pembahagian kelas telah dilakukan semasa hari pendaftaran tersebut. Kami warga SMK Semenchu mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Pendidikan Khas daripada Felda Semenchu, Felda Air Tawar 5, Felda Air Tawar 4 dan Felcra Layau.

Last Updated on Wednesday, 21 January 2015 06:53
 
« StartPrev12345NextEnd »

Page 1 of 5

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

 

Y.B. Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

 

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof

(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

 

Tuan Haji Aminudin Bin Adam

(Pengarah Pelajaran Johor)

 

En. Md Din Bin Hussein

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

 


KOLEKSI VIDEO

LAGU SEKOLAH

(BERILMU DAN BERBAKTI)

 

VIDEO PELANCARAN SEKOLAH AMANAH

 

VIDEO KORPORAT SMK SEMENCHU





Copyright © 2011 SMK Semenchu Online. Powered by Joomla!.