PENGETUA

 

Haji Baharum Bin Ahmad

Pengetua SMK Semenchu

Login Form

PAUTAN

 

APLIKASI ONLINE

JARINGAN

HAL EHWAL MURID (HEM)
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDULRASUL PERINGKAT SEKOLAH DAN FELDA SEMENCHU
Written by CIKGU JUNAIDI   
Saturday, 14 January 2017 21:00

Sabtu, 14 Januari 2017. Alhamdulillah, selesai Majlis Sambutan Maulidulrasul anjuran SMK Semenchu bersama Felda Semenchu. Perarakan bermula pada pukul 7.30 pagi dari sekolah, kemudian bersama-sama komuniti Felda Semenchu berarak ke Dewan Felda Semenchu. Turut hadir meriahkan lagi majlis ini ialah ketua Kg Felda Semenchu, Pengurus Kilang Felda Semenchu dan Ustaz Hj. Hanafiah Bin Abdul Razak, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Merangkap Ketua Unit Cerapan Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor.

 
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1
Written by CIKGU JUNAIDI   
Saturday, 14 January 2017 20:53

Isnin, 9 Januari 2017. Semua pelajar Tingkatan 1 menjalani Program Orientasi selama 2 hari. Program tersebut sebagai pelengkap proses transisi pelajar dari sekolah rendah ke menengah. Tahniah juga kepad SVG kerana berjaya membantu perjalanan program ini.

 
GOTONG-ROYONG AWAL TAHUN 2016
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 28 February 2016 12:38

Jumaat, 29 Januari 2016. Gotong-royong perdana peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat. Para pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat turut terlibat menjayakan program ini. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. semua pelajar yang terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menceriakan lagi kelas-kelas mereka. Dapat dilihat, seasana persekitaran sekolah dan dalam bilik darjah sangat bersih dan ceria. Papan-papan kenyataan telah ditampalkan dengan student display. Ada juga yang mengambil peluang ini untuk mengecat kelas-kelas mereka. Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga dengan sempurnanya program ini, suasana sekolah dan kelas menjadi bersih dan ceria serta bilik darjah yang kondusif.

 
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL TAHUN 2016
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 24 January 2016 13:08

Sabtu, 9 Januari 2016, Majlis ini telah berlangsung bersama warga Felda SMK Semenchu. Pelajar berarak dari sekolah seterusnya bersama penduduk Semenchu menuju ke Dewan Serbaguna. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya ceramah, persembahan nasyid dan banyak lagi.

 
MAJLIS SERAH TERIMA PELAJAR TINGKATAN 1
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 24 January 2016 13:00

Khamis, 7 Januari 2016, Majlis ini adalah majlis penyerahan secara rasmi pelajar dari sekolah rendah ke SMK Semenchu. Semua guru besar dari SK Semenchu, Sk Layau, Sk Air Tawar 5 dan Sk Air Tawar 4 hadir menandatangani dokument serah pelajar kepada Pengetua SMK Semenchu. Turut hadir EN Zayadi dari PPD Kota Tinggi, YDP PIBG En Mahadi dan juga Ibu Bapa pelajar tingkatan 1.

 
« StartPrev123456789NextEnd »

Page 1 of 9

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

 

Y.B. Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

 

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof

(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

 

Tuan Haji Aminudin Bin Adam

(Pengarah Pelajaran Johor)

 

En. Md Din Bin Hussein

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

 


KOLEKSI VIDEO

LAGU SEKOLAH

(BERILMU DAN BERBAKTI)

 

VIDEO PELANCARAN SEKOLAH AMANAH

 

VIDEO KORPORAT SMK SEMENCHU





Copyright © 2011 SMK Semenchu Online. Powered by Joomla!.