PENGETUA

 

Haji Baharum Bin Ahmad

Pengetua SMK Semenchu

Login Form

PAUTAN

 

APLIKASI ONLINE

JARINGAN

SMK SEMENCHU UNGGUL
MAJLIS SERAH TERIMA PELAJAR TINGKATAN 1
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 24 January 2016 13:00

Khamis, 7 Januari 2016, Majlis ini adalah majlis penyerahan secara rasmi pelajar dari sekolah rendah ke SMK Semenchu. Semua guru besar dari SK Semenchu, Sk Layau, Sk Air Tawar 5 dan Sk Air Tawar 4 hadir menandatangani dokument serah pelajar kepada Pengetua SMK Semenchu. Turut hadir EN Zayadi dari PPD Kota Tinggi, YDP PIBG En Mahadi dan juga Ibu Bapa pelajar tingkatan 1.

 
PROGRAM SAYANG SEKOLAHKU
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 24 January 2016 12:54

Isnin, 4 Januari 2016,  Program ini telah dijalankan pada awal hari persekolahan selama tiga hari. Tujuan program ini bagi mendidik dan mengigatkan kembali kepada pelajar-pelajar tentang peraturan sekolah, perjalanan pdp, sahsiah pelajar, persekitaran sekolah dan banyak lagi. Semoga dengan tamatnya program ini dapat memberi input yang berguna kepada pelajar.

 
PERHIMPUNAN PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016
Written by CIKGU JUNAIDI   
Sunday, 24 January 2016 02:17

Ahad, 3 Januari 2016. Alhamdulillah sesi persekolahan bagi tahun 2016 berjalan dengan baik. Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar, guru dan staff SMK Semenchu. Selamat datang ke sekolah juga kepada guru yang baru berpindah masuk ke SMK Semenchu.  Semoga perhimpunan ini menjadi permulaan untuk terus maju dan berjaya dipentas tahun 2016.

 
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2 HINGGAN 5 SESI 2016
Written by CIKGU JUNAIDI   
Tuesday, 05 January 2016 09:27

Khamis, 31 Disember 2015. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir dan mendaftarkan diri bagi sesi persekolahan 2016.

Last Updated on Tuesday, 05 January 2016 09:48
 
MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 DAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2016
Written by CIKGU JUNAIDI   
Tuesday, 05 January 2016 09:13

Rabu, 30 Disember 2015. SMK Semenchu dengan suka citanya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan 1 dan Pendidikan Khas. Seramai 166 pelajar yang mendaftar setakat ini manakala Pendidikan Khas menerima 2 pelajar baru. Semoga pelajar-pelajar ini akan terus melakar kejayaan di SMK Semenchu dari segi akademik, sukan dan sahsiah diri. Semoga berjaya.

Last Updated on Tuesday, 05 January 2016 09:22
 
MESYUARAT GURU DAN PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH SESI 2016
Written by CIKGU JUNAIDI   
Tuesday, 05 January 2016 08:52

Selasa, 29 Disember 2015. Dalam hari-hari terakhir tahun 2015, warga pendidik Smk Semenchu telah mengadakan mesyuarat bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan bagi tahun 2016. Mesyuarat tersebut bertujuan membuat persediaan yang sewajarnya bagi memastikan perjalanan persekolahan tahun 2016 berjalan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru dan warga sekolah yeng telah menunjukkan dedikasi dan kerjasama dalam memastikan pembukaan sesi persekolahan yang baru ini berjalan dengan lancar.

Last Updated on Tuesday, 05 January 2016 09:13
 
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
Written by CIKGU JUNAIDI   
Monday, 09 November 2015 11:16

Ahad, 8 November 2015, Program gotong - royong ini telah diseliakan oleh Paitia Pendidikan Sivik dan Kewaranegaraan. Tujuan program ini ialah bagi menyemai sikap cinta da sayang kepada sekolah. Semua pelajar terlibat dengan membersihkan kawasan sekolah termasuklah bilik-bilik khas, bilik darjah dan taman-taman. Tahniah kepada semua guru dan pelajar kerana berjaya merealisasikan program ini.

Last Updated on Monday, 09 November 2015 11:19
 
PERKHEMAHAN ASAS PELAJAR TINGKATAN 1
Written by CIKGU JUNAIDI   
Friday, 06 November 2015 14:21

Jumaat, 6 November 2015, Perkhemahan asas ini merupakan program yang diadakan setiap tahun khusus kepada pelajar tingkatan 1. Program ini bertujuan memberi ilmu kepada pelajar tentang kawad kaki asas, memasang khemah, bantu mula dan ikatan. Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada pelajar sebelum mereka terlibat dengan perkhemahan yang sebenar.

 
« StartPrev12345678910NextEnd »

Page 3 of 39

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

 

Y.B. Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

 

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof

(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

 

Tuan Haji Aminudin Bin Adam

(Pengarah Pelajaran Johor)

 

En. Md Din Bin Hussein

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

 


KOLEKSI VIDEO

LAGU SEKOLAH

(BERILMU DAN BERBAKTI)

 

VIDEO PELANCARAN SEKOLAH AMANAH

 

VIDEO KORPORAT SMK SEMENCHU





Copyright © 2011 SMK Semenchu Online. Powered by Joomla!.