PENGETUA

 

Haji Baharum Bin Ahmad

Pengetua SMK Semenchu

Login Form

PAUTAN

 

APLIKASI ONLINE

JARINGAN

SMK SEMENCHU UNGGUL
PENGUMUMAN KEJOHANAN SUKANTARA 2015
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Tuesday, 24 February 2015 12:41

Untuk makluman semua warga SMK Semenchu dan ibu bapa, kejohanan sukantara bagi sesi tahun 2015 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 25 (Tingkatan 1,2 & 3) dan 26 (Tingkatan 4 & 5) Februari 2015

Hari : Rabu dan Khamis

Masa : 2.00 petang - 3.30 petang

Tempat : Padang SMK Semenchu

Diharap semua pelajar dapat membuat persediaan sepanjang aktiviti kejohanan sukantara tersebut dijalankan.

Last Updated on Tuesday, 24 February 2015 19:25
 
GOTONG ROYONG PERDANA DAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA PIHAK ALUMNI SMK SEMENCHU
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Sunday, 15 February 2015 17:01

Sabtu, 14 Februari 2015. Program Gotong Royong Perdana dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Brek Dengan Selamat bersama guru, ibu bapa dan bekas pelajar SMK SEMENCHU ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 14 Februari 2015. Program ini merupakan salah satu anjuran daripada Pihak Alumni SMK SEMENCHU. Program ini telah disertai oleh Pasukan Bermotor Kuasa Tinggi PASIR GUDANG RIDER (PGR) yang diketuai oleh Encik Roy Azman, AIR TAWAR RIDER (AT RIDER) yang diketuai oleh Encik Azman Bin Amdan dan KELAB KERETA HARIMAU SELATAN (KKHS). Ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Alumni SMKS.

 
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-27, MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS AKU JANJI
Written by CIKGU JUNAIDI   
Thursday, 12 February 2015 05:51

Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -27, Motivasi Keibubapaan dan Majlis Aku Janji Pelajar Tingkatan 3 Dan 5 akan diadakan seperti tetapan diatas. Semua Ibu bapa dan komuniti sekitar dijemput untuk bersama menjayakan majlis tersebut.

Last Updated on Thursday, 12 February 2015 10:06
 
LAWATAN DARI SMK GELANG PATAH
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Wednesday, 11 February 2015 11:25

Rabu, 11 Februari 2015. Rombongan ini telah melibatkan seramai 6 orang para guru dari SMK GELANG PATAH. Rombongan tersebut adalah lawatan penanda Aras bagi Program 21st Century Classroom dan Subject Based Classroom (SBC).

Last Updated on Wednesday, 11 February 2015 11:29
 
KEM UNIT BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Monday, 09 February 2015 14:08

Ahad, 1 Februari 2015. Seramai 8 orang pelajar SMK SEMENCHU telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Daerah, bermula 29 hingga 31 Januari 2015. Perkhemahan ini berlangsung selama tiga hari dua malam dan telah dijalankan di Hutan Lipur Gunung Panti, Kota Tinggi.

Last Updated on Tuesday, 10 February 2015 14:26
 
LAWATAN PENANDA ARAS DARI MAJLIS PENGETUA DAERAH KLANG
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Tuesday, 10 February 2015 12:14

Isnin, 9 Februari 2015. Rombongan ini telah melibatkan 30 orang para pengetua dari Majlis Pengetua Sekolah Menengah daerah Klang. Rombongan tersebut adalah lawatan penanda aras bagi Program 21st Century Classroom.

Last Updated on Tuesday, 10 February 2015 12:17
 
TAKLIMAT PROGRAM PONTENG SIFAR BERSAMA PIHAK PIBG
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Tuesday, 10 February 2015 12:12

Ahad, 8 Februari 2015. Satu taklimat bersama pihak PIBG SMK SEMENCHU telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Geliga SMK SEMENCHU. Taklimat ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyedarkan ibu bapa/penjaga pelajar tentang masalah gejala ponteng yang berlaku dalam kalangan anak mereka.

 
PELANCARAN PROGRAM PONTENG SIFAR
Written by PHOTOGRAPHERS' UNGGUL   
Tuesday, 10 February 2015 12:07

Ahad, 8 Februari 2015. Program Ponteng Sifar 2015 ini telah dilancarkan dengan rasmi oleh Ayahanda Pengetua SMK SEMENCHU, Tuan Hj Baharom Bin Ahmad semasa Perhimpuan Rasmi Mingguan di Dewan Nurul Ilmi SMK SEMENCHU. Program ini merupakan anjuran Unit Hal Ehwal Murid HEM bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK SEMENCHU. Program ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar dan guru tentang pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas. Hal ini juga diharap dapat membaiki tahap disiplin dan akademik setiap pelajar dan sekali gus menaikkan reputasi kehadiran putera puteri SMK SEMENCHU.

Last Updated on Tuesday, 10 February 2015 12:11
 
« StartPrev12345678910NextEnd »

Page 8 of 39

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

 

Y.B. Dato' Seri Mahadzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

 

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof

(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

 

Tuan Haji Aminudin Bin Adam

(Pengarah Pelajaran Johor)

 

En. Md Din Bin Hussein

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

 


KOLEKSI VIDEO

LAGU SEKOLAH

(BERILMU DAN BERBAKTI)

 

VIDEO PELANCARAN SEKOLAH AMANAH

 

VIDEO KORPORAT SMK SEMENCHU





Copyright © 2011 SMK Semenchu Online. Powered by Joomla!.